Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat
Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM)[4][5] adalah markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bagi rantau Indo-Pasifik. Ia merupakan markas medan bersepadu yang paling lama dan paling besar. Panglimanya, iaitu seorang pegawai kanan tentera A.S. di Pasifik, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di kawasan yang meliputi lebih kurang 100 milion batu persegi (260,000,000 km2), atau kira-kira 52 peratus permukaan Bumi, terbentang dari perairan Pantai Barat Amerika Syarikat hingga ke pantai barat India, dan dari Artik hingga ke Antartika. Markas A.S. ini juga bertanggungjawab untuk melindungi pencerobohan ke atas Amerika Syarikat melalui negeri Hawaii.Panglima melapor kepada Presiden Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Pertahanan dan dibantu oleh tentera komponen dan markas bersepadu subordinat, termasuk Tentera Darat Pasifik AS, Pasukan Marin Pasifik, Armada Pasifik AS, Tentera Udara Pasifik, Tentera Jepun AS, Tentera Korea AS, Markas Operasi Khusus Korea, dan Markas Operasi Khusus Pasifik. USINDOPACOM juga mempunyai dua unit pelapor langsung (DRUs)—U.S. Pacific Command Joint Intelligence Operations Center (JIOC) dan Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DMHA), serta sebuah Standing Joint Task Force, Joint Interagency Task Force West (JIATF-W). Bangunan ibupejabat USINDOPACOM, iaitu Pusat Kawalan Pasifik Nimitz-MacArthur, terletak di Kem H. M. Smith, Hawaii.Dahulu ia dikenali sebagai Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM)[4] sejak penubuhannya, markas ini telah dinamakan semula sebagai Markas Indo-Pasifik AS pada 30 Mei 2018, bagi mengiktiraf penekanan lebih besar terhadap subbenua India.

Markas Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan AS
Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat Sarjan Mejar Anthony A. Spadaro, USMC
Ibupejabat Kem H. M. Smith, Hawaii, A.S.
Penobatan
Joint Meritorious Unit Award[1]
Pertempuran Perang Korea, Perang Vietnam
Timbalan Panglima Leftenan Jeneral Bryan P. Fenton, USA
Ketua Staf Mejar Jeneral Michael A. Minihan, USAF[3]
Panglima Laksamana Philip S. Davidson, USN
Peranan Perintah dan kawal semua Angkatan Tentera A.S. di rantau Indo-Pasifik
Laman web www.pacom.mil
Saiz 375,000 anggota[2]
Negara  Amerika Syarikat
Ditibuhkan pada 1 Januari 1947 (1947-01-01)[1]
Jenis Markas Medan Bersepadu